Assalamualaikum, apa khabar adik 2 dan terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Hari isnin menerima tugas sebagai ketua pasukan perempuan kontijen PERAK. Tertanya-tanya dalam diri macamana nak jadi "ibu" kepada anak2 yg mewakili negeri dari berlainan daerah. Faham ajelah ada sekolah menengah dan rendah. Pastinya kerenah yg. macam2. Tekad dalam diri akan ku cuba laksanakan amanah yg. diberikan. Menginaplah kami di Hotel Seri Malaysia bersama kontijen2 dari 15 negeri lagi.
Sebelah malam kami bersiap untuk majlis perasmian pembukaan (Malam Semarak Wahyu) di INTIM iaitu tempat akan berlangsungnya majlis MTQ Kebangsaan bagi sekolah menengah. Kontijen Perak agak lewat sampai kerana masalah pengangkutan ke INTIM. Tak pa lah kita dahulukan kontijen lain. Di INTIM bertemu dgn. adik2 GPI dr. Btg.Pdg yg menjadi urusetia majlis malam itu dengan diketuai oleh Ustaz Tn. Hj Baharuddin (Penyelia PI) yang kini telah dinaikkan pangkat menjadi Penyelia Kanan PI Btg. Padang (dari mesej yg saya terima dari beliau sendiri pagi ini).Tahniah Ustaz teruskan usaha utk. memajukan PI Btg. Pdg.
Keesokan hari majlis/pertandingan dijalankan di SM Izzuddin Syah bg. sekolah rendah dan di INTIM bg sekolah menengah. Hari ini peserta lelaki sahaja yg. bertanding. Habis pukul 12.00 dan balik ke Hotel. Petang pukul 4 dibuat cabutan undian tajuk bagi peserta perempuan pula. Latihan akhir bg peserta bersama JU masing2 pd sebelah petang dan malamnya. Inilah antara saat2 getir bg peserta bertungkus lumus mencari bahan rujukan utk. syarahan spontan. Semakkan terakhir bacaan tilawah/hafazan/bercerita. Semua kontijen sama saja sibuknya.
Hari ketiga majlis terus berjalan dengan lancarnya. Alhamdulillah. Petangnya semua kontijen negeri dibawa melawat ke Bandar DiRaja - Kuala Kangsar. Kami pergi ke tempat pembuatan labu Sayong. Sambil tu cari hadiah hari guru yg. akan disambut pd hari jumaat ini. Walaupun org. Perak tapi teman tak pernah le sampai tempat tu. Lepas itu lalu aje ke Istana Bkt. Chandan, Istana Kuning (Lama) , Sekolah Agama Idrisiah dan singgah di Bandar Kuala Kangsar. Apa lagi kena makan laksa kuale le.
Sampai hotel pukul 6.30 petang. Macam2 juadah pula disediakan oleh pihak hotel antaranya.....laksa,pesembor, Yong Tow Fuo,Nasi ayam, cucur,keledek goreng, dan ABC sampai tengah malam gerai masih beroperasi.
Pukul 6 pagi membangunkan anak2- MORNING CALL...Jenuh juge dibuatnya. Lambat aje deme mengangkatnye....Maklum le
Resep Roti
4 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan