BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 16 Jun 2009

Munajat Ummul Mukminin

Khadijah binti Khuwailid r.a adalah isteri Nabi yang pertama. Jasanya kepada Islam, sungguh luar biasa. Dia adalah wanita pertama yang memeluk Islam. Dialah yang selalu menenangkan nabi apabila nabi gelisah kerana kedatangan Jibril pada saat-saat pertama kenabian. Dia menyelimuti tubuh Nabi yang menggigil dan tidak henti-hentinya menghibur Nabi. Dia pula yang membantu Islam dengan seluruh hartanya. Ringkasnya, seluruh hidupnya, jiwa dan raganya benar-benar dipertaruhkan untuk perjuangan dan dakwah di jalan Allah.

Selain keutamaannya itu, ada keutamaan lain yang menjadikan dirinya sebagai isteri yang paling istimewa di antara isteri-isteri Nabi yang lain, iaitu bahawa dari dirinya lahir putera-puteri Rasulullah s.a.w. putera-putera Nabi akhirnya wafat ketika masih kecil, namun puteri-puteri beliau hidup, bahkan semunaya mengalami masa berumah tangga. Ruqayyah, Zainab dan Ummu Kaltsum kemudian meninggal sebelumayahnya. Hanya Fatimah yang mendampingi Nabi hingga akhir hayat baginda. Memang ada seorang isteri Nabi yang lain Maria yang memberi anak lelaki kepada Nabi . Anak itu diberi nama Ibrahim, namun anak ini pun meninggal ketika masih kecil.

Tidak hairanlah Nabi sangat mencintainya. Nabi tidak pernah menikah dengan wanita lain elagi Khadijah r.a masih hidup disamping bukti kesetiaan dan kecintaan Nabi kepadanya. Begitu cintanya Nabi sering mengenang Khadijah dan memuji-mujinya sehingga menimbul kecemburuan para isterinya yang lain. Keetika para isteri yang lain nampak seakan-akan mereka membantah, Nabi dengan tegas mengatakan bahawa beliau tidak pernah mendapat isteri sebaik Khadijah. bagaimanapun, Khadijah r.a tidak ada bandingnya dan tidak ada duanya bagi Rasulullah s.aw.

Khadijah melakukan semua itu dengan ikhlas. Kepada Ummu Kaltsum, puterinya ia pernah berkata:"Aku adalaha wanita Quraisy satu-satunya yang hidup penuh kebahagiaan. Tidak ada seorang wanita Quraisy pun yang mendapat kemuliaan seperti aku. Hidup sebagai isteri seorang Nabi, mententeram hidup duniawi dan ukhrawiku. Aku adalah seorang yang pertama kali redha dengan segalanya, aku pulalah Ummul Mukminin yang pertama...."

Menjelang akhir hayatnya, dalam keadaan tubuh yang lemah, terbaring di atas tempat tidur, Khadijah menengadah wajahnya ke atas dengan pandangan seakan ingin menembus langit, terdengar suaranya perlahan:

" Ya Allah....belum cukup rasanya, aku memuja dan bersyukur kepada-Mu. "Ya Allah.... bukan aku tidak suka menghadap-Mu, saat ini, tetapi sungguh, aku ingin memperbanyakkan kalimah-Mu, sampai aku benar-benar layak menerima pahala dari-Mu."

Itulah munajat Siti Khadijah r.a. sungguh agung dan mulia peribadinya dan sungguh layak ia menjadi Ummul Mukminin.....

0 ulasan: