Siapakah yang berani menikam orang yang meminta perlindungan kepada Allah SWT. Siapakah yang berani menghiris jiwa orang yang memohon penjagaan Allah SWT. Siapakah yang berani menuang racun ke dalam minuman seorang hamba yang dekat dan rapat dengan Tuhannya. Siapakah yang berani sedangkan Allah SWT bersama kita. Cubalah, jika mahu merasa kekuatan Tuhan yang melindungi kita daripada kejahatan makhluk. Begitulah kekuatan Surah Al-Falaq, An-Naas dan Ayat Kursi.
"Mengapa ramai orang yang dengki ke atas nikmat yang Allah SWT beri ?" Dalam Surah Yusuf diceritakan bahawa Nabi Yaakub AS menasihati Nabi Yusuf AS supaya tidak menceritakan perihal mimpinya itu kepada saudara-saudaranya.
Disebabkan Nabi Yusuf AS bersangka baik lagi mengasihi saudara-saudaranya, maka baginda pun mahu berkongsi kegembiraan itu bersama mereka. Akhirnya kedengkian dan hasad merasuk ke dalam hati saudara-saudara kandungnya sendiri sehingga melahirkan dendam dan kejahatan.
Sesungguhnya kisah Nabi Yusuf AS memberi pengajaran kepada kita supaya berwaspada apabila mendapat suatu anugerah atau nikmat yang hebat. Janganlah disebut dengan sikap bangga yang berlebihan hingga menimbulkan rasa cemburu orang yang mendengarnya.
Resep Roti
4 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan