BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 18 Jun 2009

MENGINTAI PENGHUNI SYURGA

Suatu ketika sedang duduk di masjid bersama-sama sahabatnya, tiba-tiba Nabi bersabda: " Seseorang penghuni syurga datang di masjid kita hari ini."

Para sahabat segera melihat sekeliling. Seseorang sedang berjalan menuju mereka. Dari wajahnya nampaknya titisan air bekas wuduk. Orang itu sederhana dalam penampilan.

Menyaksikan kenyataan tersebut, salah seorang sahabat Nabi yang bernama Abdullah bin Amir mengikut orang itu sampai ke rumahnya. Abdullah sangat berasa ingin tahu dan dia bermaksud mencari tahu tentang amal dan ibadahnya si "penghuni Syurga."

Dengan berbagai alasan, Abdullah berjaya tinggal dan menginap di rumah orang tersebut. Dengan cermat, seperti seorang pengintai, Abdullah mengamati amal dan ibadah orang itu. Semula Abdullah membayangkan, bahawa orang itu selalu berpuasa disiang hari, bersolat sepanjang malam, mengaji al-Quran sepanjang waktu, bersedekah dalam jumlah yang besar, melakukan solat-solat sunnah yang banyak , dan mengerjakan ibadah-ibadah lain dalam kadar yang sebar.

Ternyata yang disaksikannya tidaklah demikian. Tiga hari lamanya Abdullah bermalam, namun tidak sekalipun dia melihat orang tersebut melakukan ibadah secara istimewa.

Abdullah menjadi tidak mengerti. Maka dengan jujur Abdullah berkata kepada orang itu:"Wahai sahabat, sesungguhnya Rasulullah bersabda kepada kami bahawa engkau adalah salah seorang penghuni syurga. Dan sesunggguhnya aku datang ke rumahmu ini ntuk melihat engkau mencapai jaminan syurga seperti disabdakan Rasulullah s.a.w. itu. Namun, setelah tiga hari di sini, aku tidak melihat amalanmu yang istimewa. Sudikah engkau menyampaikan amalanmu yang tak terlihat olehku itu?"

" Si penghuni syurga" tersenyum penuh erti, kemudian ia berkata kepada Abdullah: "
Wahai sahabat, sesungguhnya aku tidak mempunyai amalan yang istimewa, selain dari yang engkau lihat. Aku berbuat sebagaimana yang engkau lihat selama engkau menginap di rumahku.

Hanya sahaja,
aku tidak pernah berasa hasad dan dengki terhadap orang lain apabila berkaitan dengan kurnia yang diberikan Allah kepadanya. Setiap kali aku pergi tidur, hatiku sentiasa bersih.

Sekarang mengertilah Abdullah tentang keutamaan orang tersebut. Perasaan dengki hasad, memang merupakan sifat yang tercela. Tidaklah menghairankan apabila Rasulullah s.a.w. berkali-kali memperingatkan para sahabatnya agar menjauhi sifat yang tercela itu. Abdullah pun kini tidak lagi berasa hairan, mengapa orang tersebut mendapat jaminan syurga.

Cuba kita fikirkan apakah kita berjaya membersih hati kita seperti
"insan istimewa" ini........

0 ulasan: