BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 22 Jun 2009

MENILAI HARGA SOLAT SUBUH

Dari al-Quran dan hadith-hadith Rasulullah S.A.W, kita akan mengetahui dengan mudah dan jelas bahawa solat subuh sangat "MAHAL" nilainya.

Solat yang agung ini memiliki daya penarik kerana kedudukan dan nilainya yang tinggi dalam syariat Islam. Banyak hadith yang menggalakkan kita untuk melaksanakan solat Subuh dan menyanjung mereka yang menjaganya.

Rasulullah S.A.W (pemimpin yang menyedari serta memahami tabiat manusia) mengetahui bahawa waktu Subuh adalah waktu yang sukar. Seorang Muslim apabila dibiarkan begitu sahaja akan memilih untuk beristirehat dan meninggalkan solat wajib. Ayat al-Quran 53 dari Surah Yusuf yang bermaksud :
"
Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku. Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telahdiberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah dia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

(Yusuf : 53 )

Oleh itu, Rasulullah S.A.W telah mengkhususkan solat mulia ini dengan keistimewaan dan sifat-sifat tertentu yang tidak terdapat pada solat lain.

Beberapa keistimewaan ini akan mendorongkan seorang Mukmin yang jujur untuk istiqamah melaksanakan solat ini secara berjemaah dengan sekuat tenaga.

Seorang Mukmin mestilah bersemangat tinggi dan sanggup berkorban , agar segala yang menjadi kewajipan baginya tidak terlepas begitu sahaja walau dalam apa keadaan atau apa jua rintangan.

Semoga Allah memberikan manfaat pada kita semua terhadap keistimewaan ini.

Petikan : Misteri SOLAT SUBUH ditulis oleh : DR. RAGHIB AS-SIRJANI

0 ulasan: