BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Jumaat, 3 Julai 2009

Kisah si kucing dengan anak tupai

Malam Khamis lalu 'Meme' kucing anakku - yang dikutip oleh M.Zuhair ( no.7 ) di pasar Slim 3 bulan yang lalu-masa tu kecil lagi, telah menangkap seekor anak tupai dihalaman rumah. Ketika dijumpai anak tupai itu sedang "ditimang sayang" oleh 'Meme'. 'Sibaby' itu ditangkap dan diselamatkan oleh kak Ngah ( anak no. 2 - UM) . Dibawa masuk ke dalam rumah. Tengah malam ku dengar kak Su (Tingkatan 1) bercerita pada bang De (tingkatan 6) anak tupai yang ditangkap oleh kucing mereka. Sibuk si abang dan adik mencari kotak kasut untuk 'sibaby' tu ditempatkan. Sebelum tu anak tupai diletak dalam tapis bekas mainan adik Afiqah (pra sekolah).

Pulang dari sekolah Bang De (ting. 6 ) cuba memberi makan 'anak tupai' dengan pisang. Dalam hatiku berkata: " mauke anak tupai tu makan? Matanya pun belum terbuka/celik lagi. Perihatin juga budak ni ."

Pada sebelah petang sedang kami berehat, sekali peristiwa ini berlaku. Si kucing comel ini buat hal lagi. Kali ini bukan seekor tapi dua ekor anak tupai jadi ' mainannya '. Agaknya anak tupai tu terjatuh dari sarangnya di atas pokok rambutan. Seekor anak tupai tu dah basah kuyup kena air hujan. Ingatkan dah 'nazak' anak tupai tu dibuatnya. Anak-anakku jadi 'jururawat' anak tupai pulak petang tadi....." Kesian "..... kata mereka nanti mati pulak anak tupai ni ! Dilap dan diselimutnya anak tupai tu dengan kain. Kak Teh (no.5) juga sibuk main dengan sibaby tupai.

Lekalah anak-anakku dari yang besar ( tengah cuti sem universiti hingga si adik pra sekolah ) melayani ' keluarga angkat' baru mereka...

Sebelah malamnya lepas solat , mereka leka lagi 'merawat' anak tupai 3 ekor tu. Kali ini mereka bertanya kepada ayah mereka apa nak dibagi minum anak tupai mereka ni. Ayahnya menjawab: " bagi lah susu tepung." Berpakatlah si kak Cik ( no. 3 - UNIMAP ) dengan si kak Su membancuh susu. Anak tupai disusukan menguna picagari. Sebelum tu si kak Cik dah buat ' percubaan' diberinya anak tupai tu minum air sejuk .....aku tersenyum sendirian melihat telatah mereka.

Waktu ini ku lihat 'katil anak tupai' berada disisi kak Su yang telah lena tidur........Anak tupainya berselimutkan napkin. Kata mereka padaku ......'Meme' (nama kucing mereka) ingat nak buat 'mini zoo' kat rumah ni. Kita ada ayam, ada kucing, ada...... buat kawan dia.....

Mungkin si meme tak berniat nak ' memakan' anak tupai tu, tetapi dengan cara dia 'melambung' anak tupai itulah dia dapat menolong memberitahu kami untuk menyelamatkan anak tupai itu dari dipatuk oleh ayam atau mati kesejukan.

Terfikir juga tentu ibu tupai tu tercari-cari anaknya....kesian dia, tapi nak letak anak tupai tu kat mana pulak , kita bukan 'kenal' yang mana satu ibunya. Belum belajar ilmu binatang....tak tau kat mana nak ' kursus' pun. Lupa nak tuntut pada seniwati Saadiah ilmu 'Musang Berjanggut!' . Harapan agar '3 ekor baby tupai' dapat diselamatkan.

Bila kita fikirkan macam-macam isu berlaku dalam seminggu dua ini . Selain H1N1 kes pembuangan anak sewenang-wenangnya dilakukan. Apakah mereka ni tidak waras atau hilang akal sebagai manusia yang bertamadun. Yang tak ada anak nak anak, yang ada buang pulak ! Entahlah ! Dah hilang akal agaknya. Doa kita kehadrat Allah semoga kehidupan kita diberkati dan dirahmatiNya selalu. Dikurniakan anak-anak yang soleh didunia hingga akhirat. Sayang menyayangi dan dan mendapat petunjuk dijalan yang lurus. Amin






0 ulasan: