BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Ahad, 5 Julai 2009

RAHSIA " A-B-C " DALAM KERJA



1. ADAB

Adab kesopanan penting sebagai langkah mewujudkan suasana yang harmoni. Sama ada anda pengurus, pentadbir mahupun pekerja sokongan, anda perlu "beradab" sesama sendiri. Kadangkala anda tidak perlu terlalu berhati-hati dalam mempamerkan sikap sopan santun mahupun hormat-menghormati kerana ia lebih berkesan apabila dilaksanakan secara spontan. Anda boleh praktikkan cara seperti berikut :

a. Nyatakan hasrat dan permintaan dengan memulakan ungkapan ,
" Tolong."

b. Maklum balaskan setiap jawapan walaupun berbentuk negatif dengan ucapan,
"Terima kasih."

c. Terima sebarang kegagalan atau kecuaian secara ikhlas dengan menyatakan,
"Saya minta maaf."

Ketiga-tiga langkah ini dapat dilaksanakan dengan spontan dan lebih berkesan apabila anda meletakkan diri dalam suasana di mana anda sedang menghadapi sesuatu masalah. Ketika itu anda mahu orang memahami perasaan anda.

2. BANTU

Dalam pengurusan, setiap pekerja perlu bantu-membantu, antara satu sama lain dan bekerja dalam satu kumpulan.

Proses komunikasi dan interaksi akan sering kali berlaku dan anda juga sentiasa diberi sokongan oleh rakan sekerja dengan terlebih dahulu mempamerkan sikap "ringan tulang". Sekiranya anda ikhlas membantu orang lain , sudah pasti mereka juga tidak ragu-ragu untuk memberi bantuan kepada anda.

3. CERIA

Setiap pekerja tidak mungkin bersemangat untuk melaksanakan tugasan sekiranya tiada suasana yang ceria. Gangguan emosi yang dilepaskan melalui tingkah laku negatif seperti membantah, menengking, bermasam muka dan memaki hamun sudah pasti menyentuh perasaan orang lain. Hal ini menjejaskan hubungan sesama pekerja.

Justeru , anda perlu belajar untuk memberi senyuman dan apresiasi kepada orang lain atas apa yang telah mereka lakukan.


Petikan dari buku: Budaya Kerja Cemerlang oleh Noraini Ahmad


0 ulasan: