BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 8 September 2009

Wakil Rakyat Yang Berumur Sepuluh Tahun

Di zaman pemerintahan Bani Umaiyah dahulu terdapat seorang raja yang sangat terkenal kerana sifatnya yang penyantun, adil dan rendah hati. Raja yang bernama Kalifah Umar bin Abdul Aziz itu amat di sanjung tinggi oleh rakyatnya.

Pada suatu hari ramai wakil-wakil dari jajahan takluknya telah datang mengadap baginda untuk melaporkan keadaan dijajahan masing-masing. Jajahan Hijaz, ialah satu daripada jajahan takluk Islam yang terbesar pada masa itu. Pada hari pertemuan wakil-wakil itu, jajahan Hijaz telah menghantar seorang budak sebagai wakilnya. Setelah semua perwakilan hadir, maka salah seorang pegawai istana pu mempersilakan baginda raja bertitah. setelah habis bertitah, baginda mempersilakan wakil dari jajahan Hijaz berucap dahulu.

Maka wakil dari jajahan Hijaz itu pun bangun dengan hormat untuk berucap. Tetapi apabila baginda ternampak wakil bangun untuk berucap, maka khalifah Umar pun bertanya:

" Hai budak, biarlah orang orang yang tua berucap dahulu"
Mendengar teguran khalifah itu maka budak itu pun menjawab:
" Ya Amirul Mukminin, sekalian manusia sebenarnya di pandang dari dua perkara iaitu hati dan lidahnya. Maka apabila Allah Swt telah mengurniakan kepada seseorang itu lidah yang petah dan hati yang bijaksana, maka orang itu lebih berhak bersuara. Jika dipandang dari segi umur sahaja ketahuilah wahai amirul Mukminin ada orang yang lebih berhak duduk di atas takhta Paduka itu".

Mendengar saja balasan percakapan wakil dari hijaz itu, Baginda amat terkejut kerana kata-katanya amat bernas hingga baginda tersedar akan ketelanjurannya.

" Benar katamu hai wakil yang terhormat. Cakaplah sekarang bagaimana keadaan di negeri mu " titah raja itu. Lantas budak itu pun meneruslan ucapannya.

" Ya Amirul Mukminin yang sangat kami muliakan. Kami sekalian adalah wakil-wakil yang mendapat kebahagiaan dan bukannya kecelakaannya. Kami sekalian ini mengadap Tuanku bukan kerana hendak mengadukan hal negeri kami yang tidak aman. Tetapi kami kemari adalah kerana kami sekalian telah merasa nikmat keamanan hidup di bawah naungan Tuanku yang adil . kami sekalian telah memperoleh apa yang kami mohonkan."

Khalifah Umar bin Abdul aziz berasa pelik melihat kefasihan dan kebijaksanaan budak itu berucap sebagai mewakili negerinya. Lalu baginda pun bertanya:

" Berapakan umurmu hai wakil yang bijaksana."

" Sepuluh tahun Tuanku ".




Komen: Alangkah beruntungnya jika ada anak/anak didik kita yg berani seperti kanak-kanak
ini .

0 ulasan: