Di zaman pemerintahan Bani Umaiyah dahulu terdapat seorang raja yang sangat terkenal kerana sifatnya yang penyantun, adil dan rendah hati. Raja yang bernama Kalifah Umar bin Abdul Aziz itu amat di sanjung tinggi oleh rakyatnya.
Pada suatu hari ramai wakil-wakil dari jajahan takluknya telah datang mengadap baginda untuk melaporkan keadaan dijajahan masing-masing. Jajahan Hijaz, ialah satu daripada jajahan takluk Islam yang terbesar pada masa itu. Pada hari pertemuan wakil-wakil itu, jajahan Hijaz telah menghantar seorang budak sebagai wakilnya. Setelah semua perwakilan hadir, maka salah seorang pegawai istana pu mempersilakan baginda raja bertitah. setelah habis bertitah, baginda mempersilakan wakil dari jajahan Hijaz berucap dahulu.
Maka wakil dari jajahan Hijaz itu pun bangun dengan hormat untuk berucap. Tetapi apabila baginda ternampak wakil bangun untuk berucap, maka khalifah Umar pun bertanya:
" Hai budak, biarlah orang orang yang tua berucap dahulu"
Mendengar teguran khalifah itu maka budak itu pun menjawab:
" Ya Amirul Mukminin, sekalian manusia sebenarnya di pandang dari dua perkara iaitu hati dan lidahnya. Maka apabila Allah Swt telah mengurniakan kepada seseorang itu lidah yang petah dan hati yang bijaksana, maka orang itu lebih berhak bersuara. Jika dipandang dari segi umur sahaja ketahuilah wahai amirul Mukminin ada orang yang lebih berhak duduk di atas takhta Paduka itu".
Mendengar saja balasan percakapan wakil dari hijaz itu, Baginda amat terkejut kerana kata-katanya amat bernas hingga baginda tersedar akan ketelanjurannya.
" Benar katamu hai wakil yang terhormat. Cakaplah sekarang bagaimana keadaan di negeri mu " titah raja itu. Lantas budak itu pun meneruslan ucapannya.
" Ya Amirul Mukminin yang sangat kami muliakan. Kami sekalian adalah wakil-wakil yang mendapat kebahagiaan dan bukannya kecelakaannya. Kami sekalian ini mengadap Tuanku bukan kerana hendak mengadukan hal negeri kami yang tidak aman. Tetapi kami kemari adalah kerana kami sekalian telah merasa nikmat keamanan hidup di bawah naungan Tuanku yang adil . kami sekalian telah memperoleh apa yang kami mohonkan."
Khalifah Umar bin Abdul aziz berasa pelik melihat kefasihan dan kebijaksanaan budak itu berucap sebagai mewakili negerinya. Lalu baginda pun bertanya:
" Berapakan umurmu hai wakil yang bijaksana."
" Sepuluh tahun Tuanku ".
Komen: Alangkah beruntungnya jika ada anak/anak didik kita yg berani seperti kanak-kanak
ini .
Selasa, 8 September 2009
Wakil Rakyat Yang Berumur Sepuluh Tahun
Rabu, 26 Ogos 2009
KELALAIAN RSULULLAH YANG JARANG TERJADI
Sebahagian sahabat ada yang mencandai Nabi SAW kerana kelalaian beliau, dengan mengatakan sesuatu pada ketika beliau tidak .apa yang terjadi. Inilah sebahagian di antara kisahnya.
Daripada Auf bin Malik Al-Asyja'y , dia berkata : "Aku menemui Nabi SAW pada waktu perang Tabuk , yang ketika itu beliau berada di sebuah khemah kecil yang diperbuat daripada kulit. Aku mengucapkan salam dan beliau menjawab salamku. Lalu beliau bersabda : " Masuklah ! "
Aku pula bertanya : "apakah aku harus masuk dengan seluruh badanku wahai Rasulullah ?"
"Ya," jawab beliau. Maka aku pun masuk ke dalam.
Menurut Uthman bin Abul-Atikah, Auf perlu bertanya seperti itu kerana khemah beliau yang sangat kecil. (Diriwayatkan Al-Bukhary, Abu Daud dan Ibnu Majah).
Ini merupakan gurau senda antara sahabat dan Rasulullah SAW. Sebab tidak mungkin seseorang hanya meminta izin untuk sebahagian anggota badannya sahaja ? Andaikan dia meminta izin untuk kepalanya sahaja, tentua juga berlaku bagi anggota badannya yang lain.
Selasa, 25 Ogos 2009
GURAU SENDA RASULULLAH DENGAN BAHASA KIASAN
Adakalanya lawan bicara Rasulullah SAW adalah orang yang benar-benar boleh memahami , tidak ada salah faham. Malahan dia boleh mengimbangi pertanyaan atau perkataan beliau. Inilah yang terjadi pada diri Suhaib, iaitu ketika dia sakit, kemudian Rasulullah SAW mengajaknya bergurau senda untuk menghiburkannya.
Daripada Suhaib ra., bahawa dia memakan kurma yang warnanya ada yang kelabu (ramad). Lalu Rasulullah SAW bersabda : "Jika engkau memakannya, maka warnamu boleh kelabu."
Suhaib berkata : "Kalau begitu aku akan memakan belahannya yang lain."
Maka Rasulullah SAW tersenyum mendengar perkataannya.
Dalam riwayat lain disebutkan, bahawa Suhaib berkata, "Aku menemui Nabi SAW yang di hadapan beliau ada roti dan kurma. Lalu beliau bersabda, "Ke sinilah dan
makanlah !"
Maka aku mengambil kurma dan memakannya . Beliau bersabda : " Jika engkau makan kurma, engkau boleh menjadi kelabu."
Aku berkata : " Aku akan makan belahannya yang lain yang tidak kelabu. "
Lalu beliau tersenyum. ( Diriwayatkan Ibnu Majah ).
Isnin, 24 Ogos 2009
TALI PENGIKAT KAUM MUSLIMIN
Hakikat dan buah keimanan akan menimbulkan ikatan yang beraneka ragam. Ia merupakan tali pengikat antara kaum Muslimin dengan Allah. Tali pengikat itu berupa kecintaan.
Ia juga akan menumbuhkan hubungan yang erat antara sesama kaum muslimin, antara seseorang dengan yang lain, yang didasarkan atas landasan kasih sayang serta rahmat.
Selain itu, keimanan juga dapat menumbuhkan hubungan antara kaum Mukminin dengan musuh Tuhan yang hendak menghalang jalan yang benar, iaitu atas dasar kekerasan dan ketegasan sikap.
Perhatikanlah firman Allah SWT yang bermaksud:
"Wahai orang-orang beriman ! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad) , maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; Mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela."
Surah Al-Maaidah : 54)
Sifat-sifat sebagaimana di atas itu telah jelas dalam peribadi Rasulullah SAW serta sahabat-sahabat baginda, sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT yang bermaksud:
"Nabi Muhammad SAW ialah Rasul Allah; Dan orang-orang yangbersama dengannya bersikap keras dan tegas terhdap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam)."
Surah Al-Fath : 29
" SELAMAT BERPUASA DAN BERBUKA ! JANGAN LUPA BERBUKA
DENGAN BUAH KURMA / TAMAR."
Jumaat, 21 Ogos 2009
KISAH ABU DARDA
Abu Darda adalah salah seorang sahabat karib Nabi s.a.w . Beliau dianggap sebagai sahabat yang sangat taqwa kepada Allah s.w.t . Dia sangat berendah hati dan zuhud terhadap kemewahan dunia. Sebagai seorang sahabat besar, Abu Darda banyak memperoleh hadis-hadis dari Rsulullah s.a.w.
Pada suatu hari diriwayatkan, Abu Darda telah mendapat berita tentang kampung halamannya telah terbakar. Menurut berita yang diterima melalui seorang sahabat beliau bahawa rumahnya juga telah turut terbakar. Bagaimana pun Abu Darda yang teguh iman itu tidak berasa terkejut mendengar berita itu. Dia kelihatan tenang menerimanya, seolah-olah tidak ada suatu pun yang berlaku ke atas dirinya.
Bahkan beliau tidak sedikit pun tergesa-gesa untuk pulang melawat untuk pulang melawat rumahnya yang telah hangus. Sebaliknya Abu Darda menyelesaikan dahulu segala kerjanya. Setelah selesai baharulah dia berangakat menuju ke kampungnya untuk melihat kebakaran itu. Dalam perjalanan itu Abu Darda hanya bertawakal sahaja kepada Allah kerana kepada dia sajalah kita berserah malah dia berkuasa ke atas setiap sesuatu.
Sebaik saja dia sampai di kampungnya dia mendapati ke semua rumah orang-orang kampungnya telah hangus terbakar. Atas kebesaran dan kehendak Allah yang Maha Berkuasa rumah Abu Darda tidak langsung terjejas dan di makan oleh api. Dengan linangan air mata Abu Darda menadahkan tangannya ke hadrat Illahi sambil mengucapkan syukur.
Khamis, 20 Ogos 2009
WAJAH RASULULLAH TETAP BERSERI WALAUPUN BERHADAPAN DENGAN MUSUH
Wajah Nabi sa.w. sentiasa ceria dan berseri walaupun berhadapan dengan seseorang yang tidak beliau sukai. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Uyainah bin Hisn memasuki tempat Rasulullah s.a.w. Sementara dia termasuk di kalangan bangsa Arab yang berperangai kasar dan sudah bersatu dengan beliau , sebagai cara untuk menyelamatkan kaumnya. Ketika Uyainah sudah tiba di hadapan baginda, maka beliau tersenyum kepadanya.
Masalah ini telah disebutkan Aisyah ra.: "ada seorang lelaki yang meminta izin untuk bertemu dengan Nabi Sa.w. Ketika beliau melihat orang itu dari jauh , maka beliau bersabda : "Dia adalah seburuk-buruk saudara dalam kerabat dan anak dalam kerabat'. Namun ketika orang itu sudah duduk, beliau memberikan senyuman di wajah dan menerima dengan baik hati kedatangan orang itu.
Ketika orang itu sudah pergi, Aisyah berkata kepada beliau: " Wahai Rasulullah , ketika melihat orang tadi dari jauh, engkau berkata begini dan begitu. Tetapi kemudian engkau berwajah ceria setelah berada di hadapannya dan menerima kedatangannya dengan baik hati."
Beliau bersabda : " Wahai Aisyah , bilakah engkau melihatku berbuat tidak baik?" (Diriwayatkan Al-Bukhary)
Selasa, 18 Ogos 2009
KISAH ABU HURAIRAH DENGAN IBUNYA
Abu Hurairah adalah tergolong dalam sahabat Rasulullah s.a.w. yang terkenal sebagai seorang tokoh yang paling banyak meriwayatkan hadis-hadis. Suatu perkara yang paling merunsingkan hati Abu Hurairah ialah keengganan ibunya memeluk agama Islam. Abu Hurairah pernah berkata :
" Saya selalu mengajak ibu supaya memeluk agama Islam, tetapi dia menolaknya. Suatu hari dia telah mengeluarkan kata-kata yang tidak wajar terhadap Rasulullah s.a.w. hingga menangis lalu saya mengadukan hal tersebut kepada Nabi s.a.w. Kata saya Ya Rasulullah, saya menyeru kepada ibu saya supaya dia memeluk agama Islam tetapi dia menolaknya. Saya telah mendakwahkan Islam itu kepada ibu saya tetapi dia membalasnya dengan kata-kata yang tidak patut terhadap engkau (Rasulullah) . Maka engkau doalah dia semoga Allah memberi petunjuk kepada ibu saya agar dia masuk Islam".
" Maka Nabi Nabi s.a.w. pun menjawab:
" Ya Allah , berilah petunjuk kepada ibu Hurairah".
Dan sesudah Rasulullah berdoa Abu Hurairah pun segera pulang ke rumah. Kata Abu Hurairah lagi "Apakala aku sampai ke pintu rumah aku dapati pintu itu tertutup, dan apabila ibuku mendengar bunyi tapak kakiku dia pun berseru , "Tunggu sebentar Abu Hurairah". Di masa itu aku terdengar bunyi simbahan air, dan apabila ibuku telah selesai mandi dan memakai pakaian dia tergesa-gesa berlari unutk membuka pintu seraya berkata: Hai Abu Hurairah aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang wajib aku sembah melainkan Allah, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Sebaik sahaja aku mendengar percakapannya itu aku terus pergi mendapatkan Rasulullah s.a.w. sambil menangis kegembiraan, lalu baginda memuji Allah serta memberikan kata-kata nasihat kepadaku".
Begitulah berkatnya doa Rasulullah s.a.w. Dan ini adalah satu contoh yang terbaik bagaimana berkatnya pula doa dari seorang anak yang soleh yang bersifat ikhlas dan taqwa terhadap Allah s.w.t. Allah maha berkuasa untuk memberikan petunjuk kepada siapa sahaja yang di kehendaki.