BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Ahad, 31 Mei 2009

Mengenal diri melalui orang lain

ANDA MUNGKIN BOLEH BERTANYA ..........

Apakah kekuatan anda?
Apakah
Kelemahan anda?
Apakah
cita-cita anda?
Apakah
kehendak anda?



1.
Bertanyalah kepada rakan yang paling rapat dengan anda
2.
Amati kata-kata ibu bapa ketika mereka sedang memarahi anda.
3.
Dengarlah komen daripada musuh anda.
4.
Bertanyalah pendapat guru kelas tentang anda,


KEMUDIAN............


  • Susun dan atur maklumat yang diperolehi
  • FIKIR dan tentukan kebenarannya.
  • Anggaplah komen atau maklumat negatif sebagai "HARTA" yang amat berharga.

Petikan dari buku: Pelajar Cemerlang
Penulis : Muhd Kamil Ibrahim & Nasrudin Mohammed


.......
Semoga kita boleh diubah, berubah dan mengubah
dengan kemahuan dan keazaman yang tinggi.




Sabtu, 30 Mei 2009

3 hari bersama MTQ kebangsaan

Assalamualaikum, apa khabar adik 2 dan terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Hari isnin menerima tugas sebagai ketua pasukan perempuan kontijen PERAK. Tertanya-tanya dalam diri macamana nak jadi "ibu" kepada anak2 yg mewakili negeri dari berlainan daerah. Faham ajelah ada sekolah menengah dan rendah. Pastinya kerenah yg. macam2. Tekad dalam diri akan ku cuba laksanakan amanah yg. diberikan. Menginaplah kami di Hotel Seri Malaysia bersama kontijen2 dari 15 negeri lagi.
Sebelah malam kami bersiap untuk majlis perasmian pembukaan (Malam Semarak Wahyu) di INTIM iaitu tempat akan berlangsungnya majlis MTQ Kebangsaan bagi sekolah menengah. Kontijen Perak agak lewat sampai kerana masalah pengangkutan ke INTIM. Tak pa lah kita dahulukan kontijen lain. Di INTIM bertemu dgn. adik2 GPI dr. Btg.Pdg yg menjadi urusetia majlis malam itu dengan diketuai oleh Ustaz Tn. Hj Baharuddin (Penyelia PI) yang kini telah dinaikkan pangkat menjadi Penyelia Kanan PI Btg. Padang (dari mesej yg saya terima dari beliau sendiri pagi ini).Tahniah Ustaz teruskan usaha utk. memajukan PI Btg. Pdg.
Keesokan hari majlis/pertandingan dijalankan di SM Izzuddin Syah bg. sekolah rendah dan di INTIM bg sekolah menengah. Hari ini peserta lelaki sahaja yg. bertanding. Habis pukul 12.00 dan balik ke Hotel. Petang pukul 4 dibuat cabutan undian tajuk bagi peserta perempuan pula. Latihan akhir bg peserta bersama JU masing2 pd sebelah petang dan malamnya. Inilah antara saat2 getir bg peserta bertungkus lumus mencari bahan rujukan utk. syarahan spontan. Semakkan terakhir bacaan tilawah/hafazan/bercerita. Semua kontijen sama saja sibuknya.
Hari ketiga majlis terus berjalan dengan lancarnya. Alhamdulillah. Petangnya semua kontijen negeri dibawa melawat ke Bandar DiRaja - Kuala Kangsar. Kami pergi ke tempat pembuatan labu Sayong. Sambil tu cari hadiah hari guru yg. akan disambut pd hari jumaat ini. Walaupun org. Perak tapi teman tak pernah le sampai tempat tu. Lepas itu lalu aje ke Istana Bkt. Chandan, Istana Kuning (Lama) , Sekolah Agama Idrisiah dan singgah di Bandar Kuala Kangsar. Apa lagi kena makan laksa kuale le.
Sampai hotel pukul 6.30 petang. Macam2 juadah pula disediakan oleh pihak hotel antaranya.....laksa,pesembor, Yong Tow Fuo,Nasi ayam, cucur,keledek goreng, dan ABC sampai tengah malam gerai masih beroperasi.
Pukul 6 pagi membangunkan anak2- MORNING CALL...Jenuh juge dibuatnya. Lambat aje deme mengangkatnye....Maklum le

Sabtu, 23 Mei 2009

Alangkah
PELIKNYA KITA.........

PELIK ya, duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid,
TAPI begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

PELIK ya, 30 minit terasa terlalu lama untuk berzikir
TAPI betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi.

PELIK ya betapa lamnya satu jam berada di masjid,
TAPI betapa cepatnya dua jam berlalu menonton wayang di panggung.

PELIK ya , tak sampai 30 minit dengar khutbah Jtak pernahumaat, dah jemu
TAPI tak pernah puas dengar lagu kesukaan kita walaupun dah ulang dua tiga kaset berkali-kali.

PELIK ya dengar iklan jualan murah dalam tv, rasa tak sabar-sabar nak pergi beli belah,
TAPI dengar laungan azan tak sabar-sabar nak tukar 'channel' lain.

PELIK ya pasar malam jauh sanggup naik kereta pergi,
TAPI masjid dekat rumah rasa berat pula kaki .

PELIK ya, susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkansaat berdoa atau solat.
TAPI betapa mudahnya cari bahan bersembang dengan kawan-kawan.

PELIK ya, betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu pertandingan bola sepak jadi kegemaran kita,
TAPI betapa bosannya bila imam solat terawih bulan Ramadan bacaannya lama dan panjang.

Terima kasih tok guru

Assalamualaikum dan salam perpaduan.
Berjaya juga "otai" nak buat blog hari ini. Jenguk2 le anak "murid" selalu.
Syukran jazilan tok guru.