BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Ahad, 24 Januari 2010

Pendidikan Awal Kanak-Kanak


young muslimah



Mengenal Allah

Kanak-kanak mestilah dididik supaya mengenal pencipta dan pentadbir alam iaitu Allah SWT. Asas yang dipancang dengan padu dalam jiwa anak-anak ini akan dapat melahirkan insan yang dapat memperhambakan dan menghampirkan diri kepada-Nya dalam erti kata yang sebenar-benarnya.

Cara mengenal Allah
  • Melalui akal dan merenung ciptaan Allah SWT.
  • Melalui penghayatan Asma’ul Husna (sifat-sifat Allah).


##########################################################
REHAT MINDA

Pelajar : Ustaz, macam mana kita nak kenal Allah?
Ustaz : Terdapat banyak cara kita nak kenal Allah.
Pelajar : Apakah caranya ustaz?
Ustaz : Antaranya kita kenal Allah dengan melihat dan menghayati kejadian-kejadian ciptaan-Nya.
Pelajar : Macam mana tu?
Ustaz : Cuba kamu lihat langit, bagaimanakah ia dicipta dan diangkat ke atas?
Pelajar : Yelah ustaz, langit berada di atas tanpa ditongkat. Betapa agungnya Allah SWT.

##########################################################



Mengenal Rasul

Tanpa mengenal Rasulullah SAW yang diutuskan sebagai rahmat untuk seluruh umat, kita tidak akan mendapat hidayah daripada Allah SWT. Kita juga tidak akan mendapat nikmat syurga yang kekal pada hari kiamat.

Rasul juga mempunyai sifat-sifat wajib, sifat-sifat mustahil dan sifat-sifat jaiz(harus).

Sifat-sifat wajib bagi Rasul:

  • Sidq (benar/jujur)
  • Amanah (dipercayai)
  • Tabligh (menyampaikan dan menerangkan perintah dan larangan Allah terhadap insan)
  • Fathonah (cerdik dan cerdas)


Sifat-sifat mustahil bagi Rasul:

  • Kizbun (pendusta)
  • Khianah (curang/khianat)
  • Kitman (tidak menyampaikan perintah)
  • Baladah (bodoh)



Pendidikan solat

Agama kita menganjurkan supaya anak-anak dididik mengerjakan solat atau sembahyang sejak berusia tujuh tahun lagi. Anjuran ini terkandung dalam sepotong hadis Nabi SAW:

"Maksudnya: Suruhlah kanak-kanak mengerjakan solat apabila berumur tujuh tahun dan apabila sudah sampai 10 tahun maka pukullah (sekiranya tidak solat)."

Suruhan dan latihan melaksanakan solat serta ibadat-ibadat lain akan membiasakan anak-anak mudah mentaati titah perintah Allah SWT.

Kebiasaan mereka mematuhi suruhan Allah SWT dan Rasulullah SAW akan dapat mempersiapkan individu kanak-kanak tersebut menghadapi alam kedewasaan dengan penuh yakin dan bersemangat.


bersambung....


"Bahan rujukan : buku Indahnya Hidup Bersyariat terbitan TELAGA BIRU SDN BHD yang ditulis oleh Dato’ Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Abd Hamid.

Selasa, 19 Januari 2010

MEMBERI KHABAR GEMBIRA DAN TAHNIAH ATAS KELAHIRAN BAYI

Kelahiran bayi merupakan satu khabar gembira bagi setiap insan. Justeru, orang-orang Islam yang mendengar khabar gembira ini perlu bersegera meraikan kegembiraan tersebut.

Ketika Nabi Muhammad SAW dilahirkan, Thuwaibah telah memberi khabar gembira kepada Abu Lahab yang ketika itu menjadi majikannya dengan menyatakan:

“Telah lahir seorang anak lelaki daripada Abdullah”

Maka Abu Lahab pada ketika itu dengan serta-merta memerdekakannya kerana terlalu gembira.

Ucapan tahniah kepada pasangan yang menerima cahaya mata merupakan salah satu cara meraikan kegembiraan tersebut. Tujuan menyampaikan khabar gembira ini adalah untuk menanam perasaan kasih sayang dan membina kesatuan sesama umat Islam.

Berikut merupakan perkara-perkara yang disunatkan untuk kita lakukan dengan kelahiran bayi tersebut:

- Azan dan Iqamat
- Tahnik
- Memberikan nama yang baik
- Akikah dan Bercukur jambul
- Berkhitan

Bahan rujukan : buku Indahnya Hidup Bersyariat terbitan TELAGA BIRU SDN BHD
yang ditulis oleh Dato’ Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Abd Hamid.

“Panduan hidup yg disediakan Allah SWT dipanggil syariat. Mempelajarinya merupakan fardu ain ( menjadi kewajipan ke atas semua orang). Masa mempelajarinya ialah dari buaian ke liang lahad. Apabila telah memiliki ilmu tersebut, maka sampai pula masa untuk mengamalkannya. Itulah amalan syariat.”

Penerbit TELAGA BIRU SDN BHD.

“Nilai sebenar kewujudan insan yang dilantik sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, dirangkumkan dalam satu kalimah yang mudah sebutannya tetapi begitu bermakna pengisian dan penghayatannya. Itulah yang disebut sebagai takwa seperti mana yang dinyatakan oleh Allah SWT menerusi firman-Nya:

Maksudnya: Sesungguhnya, semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

( Surah al-Hujurat: 13)

Penulis buku Indahnya Hidup Bersyariat,
Dato’ Ismail Kamus
Mohd Azrul Azlen Abd Hamid