BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 19 Januari 2010

MEMBERI KHABAR GEMBIRA DAN TAHNIAH ATAS KELAHIRAN BAYI

Kelahiran bayi merupakan satu khabar gembira bagi setiap insan. Justeru, orang-orang Islam yang mendengar khabar gembira ini perlu bersegera meraikan kegembiraan tersebut.

Ketika Nabi Muhammad SAW dilahirkan, Thuwaibah telah memberi khabar gembira kepada Abu Lahab yang ketika itu menjadi majikannya dengan menyatakan:

“Telah lahir seorang anak lelaki daripada Abdullah”

Maka Abu Lahab pada ketika itu dengan serta-merta memerdekakannya kerana terlalu gembira.

Ucapan tahniah kepada pasangan yang menerima cahaya mata merupakan salah satu cara meraikan kegembiraan tersebut. Tujuan menyampaikan khabar gembira ini adalah untuk menanam perasaan kasih sayang dan membina kesatuan sesama umat Islam.

Berikut merupakan perkara-perkara yang disunatkan untuk kita lakukan dengan kelahiran bayi tersebut:

- Azan dan Iqamat
- Tahnik
- Memberikan nama yang baik
- Akikah dan Bercukur jambul
- Berkhitan

Bahan rujukan : buku Indahnya Hidup Bersyariat terbitan TELAGA BIRU SDN BHD
yang ditulis oleh Dato’ Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Abd Hamid.

0 ulasan: