BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 19 Oktober 2009

MENERIMA BERITA GEMBIRA

  • Memuji dan menyebut nama Allah s.w.t sebanyak yang mungkin dengan mengucapkan ' Alhamdulillah' dan ucapkan terima kasih kepada penyampai berita tersebut.
  • Melakukan sujud syukur, sebagai tanda kesyukuran.
  • Segera mengingati Allah s.w.t kerana di sebalik nikmat yang diterima itu ada hikmatnya yang tersendiri. Sesungguhnya nikmat yang diterima merupakan dugaan dan ujian daripada Allah s.w.t
  • Menggunakan nikmat dari berita gembira yang diperolehi itu kepada ssesuatu yang diredhai Allah. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: " Jika kamu bersyukur atas nikmatKu pasti Aku tambah dan sekiranya kamu kufur maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih."

Khamis, 15 Oktober 2009

MENANGIS KERANA TAMU

Pada suatu masa, Imam Ali terlihat sedang duduk di depan rumahnya sambil menangis . Para sahabatnya yang kebetulan melintas berhenti keranana terkejut menyaksikan keadaan Imam Ali sedemikian itu dan mereka pun menanyakan sebab musababnya. Mereka berkata: "Kenapakah gerangan engkau ini hai Ali, menangis sedemikian rupa ?"

" Sudah tiga hari ...... rumahku tidak kedatangan tamu. Aku takut Allah akan menjadi murka kepadaku," jawab Imam Ali sambil menangis tersedu.

Khamis, 8 Oktober 2009

KEUTAMAAN MEMBERI SEDEKAH

  • Allah sentiasa menambah rezeki dan kurnia kepada orang yang murah memberi sedekah.
  • Allah sentiasa menghapus dosa orang yang suka bersedekah.
  • Allah sentiasa memudahkan segala urusan orang yang sentiasa memberi sedekah.
  • Orang yang sentiasa bersedekah menjadi kekasih Allah.
  • Orang yang sentiasa bersedekah sentiasa mendapat teman.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
" Tujuh golongan manusia yang akan mendapat naunganNYA....menghulurkan sedekah dengan tangan kanan dan tidak diketahui oleh tangan kiri".

Khamis, 1 Oktober 2009

KEBESARAN JIWA CUCU-CUCU RASULULLAH S.A.W

Saiyidina Hassan bin Ali r.a adalah seorang tokoh Islam yang sangat dicintai oleh umat Islam baik dahulu mahupun sekarang. Sebagai seorang cucu baginda Rasulullah s.a.w. beliau adalah ibarat permata di masa hidupnya ini kerana dia memiliki budi pekerti yang sangat mulia lagi terpuji. . Sikapnya sangat peramah, penyantun , rendah hati dan dermawan.

Pada suatu hari ketika Saidina Hassan sedang duduk di muka pintu rumahnya tiba-tiba datang seorang Arab Badui lalu mencacinya. Arab Badui itu juga turut mencaci ayah serta ibu Saiyidina Hasan. Anehnya Saiyidina Hasan hanya mendengar saja segala cacian serta maki hamun orang itu tanpa sedikitpun berubah air mukanya atau menyerang balas orang itu.

Dengan lemah lembut Saiyidina Hasan berkata kepada Badui itu:
"Wahai Badui, adakah engkau lapar atau dahaga, atau adakah sesuatu yang merunsingkan atu yang merunsingkan hati engkau".

Tanpa memperdulikan kata-kata Saiyidina Hasan, badui itu terus memaki hamunnya. Melihatkan keadaan badui itu tidak berubah Saiyidina Hasan pun menyuruh pelayan rumahnya memba akhirnyabstelah berjaykeadaan badui itu tidak juga berubah Sayidina Hasan pun menyuruh melembutkan pelayan rumahnya membawa tabung yang berisi wang perak. Kemudian dia pun memberikan wang tersebut kepada badui itu sambil berkata

"Wahai badui , maafkan saya kerana inilah saja yang saya ada.
Jika ada yang lebih tidak akan saya sembunyikan darimu".

Sikap dan layanan Saiyidina Hasan yang memeranjatkan itu akhirnya telah berjaya melembutkan hati badui itu. Tiba-tiba badui itu menangis terisak-isak lantas sujud di kaki Saiyidina Hasan seraya berkata:

" Wahai cucu baginda Rasulullah . Maafkanlah aku kerana berlaku kasar terhadap mu. Sebenarnya aku sengaja berbuat begitu kerana hendak menguji kebaikan budi pekerti mu sebagai cucu Rasulullah yang aku kasihi. Sekarang yakinlah aku bahawa engkau sesungguhnya mempunyai pekerti yang sangat mulia".

Begitulah contoh keindahan budi yang tiada bandinganya. Orang yang kena maki hamun itu bukan saja dapat bersabar terhdap segala percubaan itu bahkan membalasnya dengan sikap yang lembut serta pemurah pula.