BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, 26 Ogos 2009

KELALAIAN RSULULLAH YANG JARANG TERJADI

Sebahagian sahabat ada yang mencandai Nabi SAW kerana kelalaian beliau, dengan mengatakan sesuatu pada ketika beliau tidak .apa yang terjadi. Inilah sebahagian di antara kisahnya.

Daripada Auf bin Malik Al-Asyja'y , dia berkata : "Aku menemui Nabi SAW pada waktu perang Tabuk , yang ketika itu beliau berada di sebuah khemah kecil yang diperbuat daripada kulit. Aku mengucapkan salam dan beliau menjawab salamku. Lalu beliau bersabda : " Masuklah ! "

Aku pula bertanya : "apakah aku harus masuk dengan seluruh badanku wahai Rasulullah ?"

"Ya," jawab beliau. Maka aku pun masuk ke dalam.

Menurut Uthman bin Abul-Atikah, Auf perlu bertanya seperti itu kerana khemah beliau yang sangat kecil. (Diriwayatkan Al-Bukhary, Abu Daud dan Ibnu Majah).

Ini merupakan gurau senda antara sahabat dan Rasulullah SAW. Sebab tidak mungkin seseorang hanya meminta izin untuk sebahagian anggota badannya sahaja ? Andaikan dia meminta izin untuk kepalanya sahaja, tentua juga berlaku bagi anggota badannya yang lain.




Selasa, 25 Ogos 2009

GURAU SENDA RASULULLAH DENGAN BAHASA KIASAN



Adakalanya lawan bicara Rasulullah SAW adalah orang yang benar-benar boleh memahami , tidak ada salah faham. Malahan dia boleh mengimbangi pertanyaan atau perkataan beliau. Inilah yang terjadi pada diri Suhaib, iaitu ketika dia sakit, kemudian Rasulullah SAW mengajaknya bergurau senda untuk menghiburkannya.

Daripada Suhaib ra., bahawa dia memakan kurma yang warnanya ada yang kelabu (ramad). Lalu Rasulullah SAW bersabda : "Jika engkau memakannya, maka warnamu boleh kelabu."

Suhaib berkata : "Kalau begitu aku akan memakan belahannya yang lain."

Maka Rasulullah SAW tersenyum mendengar perkataannya.

Dalam riwayat lain disebutkan, bahawa Suhaib berkata, "Aku menemui Nabi SAW yang di hadapan beliau ada roti dan kurma. Lalu beliau bersabda, "Ke sinilah dan
makanlah !"


Maka aku mengambil kurma dan memakannya . Beliau bersabda : " Jika engkau makan kurma, engkau boleh menjadi kelabu."

Aku berkata : " Aku akan makan belahannya yang lain yang tidak kelabu. "

Lalu beliau tersenyum. ( Diriwayatkan Ibnu Majah ).



Isnin, 24 Ogos 2009

TALI PENGIKAT KAUM MUSLIMIN



Hakikat dan buah keimanan akan menimbulkan ikatan yang beraneka ragam. Ia merupakan tali pengikat antara kaum Muslimin dengan Allah. Tali pengikat itu berupa kecintaan.

Ia juga akan menumbuhkan hubungan yang erat antara sesama kaum muslimin, antara seseorang dengan yang lain, yang didasarkan atas landasan kasih sayang serta rahmat.

Selain itu,
keimanan juga dapat menumbuhkan hubungan antara kaum Mukminin dengan musuh Tuhan yang hendak menghalang jalan yang benar, iaitu atas dasar kekerasan dan ketegasan sikap.

Perhatikanlah firman Allah SWT yang bermaksud:

"Wahai orang-orang beriman ! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad) , maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; Mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela."


Surah Al-Maaidah : 54)

Sifat-sifat sebagaimana di atas itu telah jelas dalam peribadi Rasulullah SAW serta sahabat-sahabat baginda, sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT yang bermaksud:

"Nabi Muhammad SAW ialah Rasul Allah; Dan orang-orang yangbersama dengannya bersikap keras dan tegas terhdap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam)."

Surah Al-Fath : 29


" SELAMAT BERPUASA DAN BERBUKA ! JANGAN LUPA BERBUKA
DENGAN BUAH KURMA / TAMAR."

Jumaat, 21 Ogos 2009

KISAH ABU DARDA

Abu Darda adalah salah seorang sahabat karib Nabi s.a.w . Beliau dianggap sebagai sahabat yang sangat taqwa kepada Allah s.w.t . Dia sangat berendah hati dan zuhud terhadap kemewahan dunia. Sebagai seorang sahabat besar, Abu Darda banyak memperoleh hadis-hadis dari Rsulullah s.a.w.

Pada suatu hari diriwayatkan, Abu Darda telah mendapat berita tentang kampung halamannya telah terbakar. Menurut berita yang diterima melalui seorang sahabat beliau bahawa rumahnya juga telah turut terbakar. Bagaimana pun Abu Darda yang teguh iman itu tidak berasa terkejut mendengar berita itu. Dia kelihatan tenang menerimanya, seolah-olah tidak ada suatu pun yang berlaku ke atas dirinya.

Bahkan beliau tidak sedikit pun tergesa-gesa untuk pulang melawat untuk pulang melawat rumahnya yang telah hangus. Sebaliknya Abu Darda menyelesaikan dahulu segala kerjanya. Setelah selesai baharulah dia berangakat menuju ke kampungnya untuk melihat kebakaran itu. Dalam perjalanan itu Abu Darda hanya bertawakal sahaja kepada Allah kerana kepada dia sajalah kita berserah malah dia berkuasa ke atas setiap sesuatu.

Sebaik saja dia sampai di kampungnya dia mendapati ke semua rumah orang-orang kampungnya telah hangus terbakar. Atas kebesaran dan kehendak Allah yang Maha Berkuasa rumah Abu Darda tidak langsung terjejas dan di makan oleh api. Dengan linangan air mata Abu Darda menadahkan tangannya ke hadrat Illahi sambil mengucapkan syukur.

Khamis, 20 Ogos 2009

WAJAH RASULULLAH TETAP BERSERI WALAUPUN BERHADAPAN DENGAN MUSUH

Wajah Nabi sa.w. sentiasa ceria dan berseri walaupun berhadapan dengan seseorang yang tidak beliau sukai. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Uyainah bin Hisn memasuki tempat Rasulullah s.a.w. Sementara dia termasuk di kalangan bangsa Arab yang berperangai kasar dan sudah bersatu dengan beliau , sebagai cara untuk menyelamatkan kaumnya. Ketika Uyainah sudah tiba di hadapan baginda, maka beliau tersenyum kepadanya.

Masalah ini telah disebutkan Aisyah ra.: "ada seorang lelaki yang meminta izin untuk bertemu dengan Nabi Sa.w. Ketika beliau melihat orang itu dari jauh , maka beliau bersabda : "Dia adalah seburuk-buruk saudara dalam kerabat dan anak dalam kerabat'. Namun ketika orang itu sudah duduk, beliau memberikan senyuman di wajah dan menerima dengan baik hati kedatangan orang itu.

Ketika orang itu sudah pergi, Aisyah berkata kepada beliau: " Wahai Rasulullah , ketika melihat orang tadi dari jauh, engkau berkata begini dan begitu. Tetapi kemudian engkau berwajah ceria setelah berada di hadapannya dan menerima kedatangannya dengan baik hati."

Beliau bersabda : " Wahai Aisyah , bilakah engkau melihatku berbuat tidak baik?" (Diriwayatkan Al-Bukhary)

Selasa, 18 Ogos 2009

KISAH ABU HURAIRAH DENGAN IBUNYA

Abu Hurairah adalah tergolong dalam sahabat Rasulullah s.a.w. yang terkenal sebagai seorang tokoh yang paling banyak meriwayatkan hadis-hadis. Suatu perkara yang paling merunsingkan hati Abu Hurairah ialah keengganan ibunya memeluk agama Islam. Abu Hurairah pernah berkata :

" Saya selalu mengajak ibu supaya memeluk agama Islam, tetapi dia menolaknya. Suatu hari dia telah mengeluarkan kata-kata yang tidak wajar terhadap Rasulullah s.a.w. hingga menangis lalu saya mengadukan hal tersebut kepada Nabi s.a.w. Kata saya Ya Rasulullah, saya menyeru kepada ibu saya supaya dia memeluk agama Islam tetapi dia menolaknya. Saya telah mendakwahkan Islam itu kepada ibu saya tetapi dia membalasnya dengan kata-kata yang tidak patut terhadap engkau (Rasulullah) . Maka engkau doalah dia semoga Allah memberi petunjuk kepada ibu saya agar dia masuk Islam".

" Maka Nabi Nabi s.a.w. pun menjawab:

" Ya Allah , berilah petunjuk kepada ibu Hurairah".

Dan sesudah Rasulullah berdoa Abu Hurairah pun segera pulang ke rumah. Kata Abu Hurairah lagi "Apakala aku sampai ke pintu rumah aku dapati pintu itu tertutup, dan apabila ibuku mendengar bunyi tapak kakiku dia pun berseru , "Tunggu sebentar Abu Hurairah". Di masa itu aku terdengar bunyi simbahan air, dan apabila ibuku telah selesai mandi dan memakai pakaian dia tergesa-gesa berlari unutk membuka pintu seraya berkata: Hai Abu Hurairah aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang wajib aku sembah melainkan Allah, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Sebaik sahaja aku mendengar percakapannya itu aku terus pergi mendapatkan Rasulullah s.a.w. sambil menangis kegembiraan, lalu baginda memuji Allah serta memberikan kata-kata nasihat kepadaku".

Begitulah berkatnya doa Rasulullah s.a.w. Dan ini adalah satu contoh yang terbaik bagaimana berkatnya pula doa dari seorang anak yang soleh yang bersifat ikhlas dan taqwa terhadap Allah s.w.t. Allah maha berkuasa untuk memberikan petunjuk kepada siapa sahaja yang di kehendaki.

Ahad, 16 Ogos 2009

BERKAT BERKATA BENAR

Pada suatu hari seorang ulamak terkenal yang bernama Hassan Basri telah melarikan diri dari dikejar oleh tentera Hajjaj bin Yusuf yang terkenal sebagai orang yang bengis dan kejam.

Oleh kerana dia terlalu ketakutan lantas dia terusn berlari dan masuk ke rumah sahabatnya yang bernama Habib Ajmi. Dalam keadaan tercunggap dia memberitahu kepada Habib Ajmi keadaan sebenar lantas Habib Ajmi menyuruh dia berlindung di sebalik pintu rumahnya. Tidak lama kemudian datanglah tentera Hajjaj yang lengkap bersenjata berhenti di rumah Habib Ajmi lalu mereka pun tertanya:

" Hai orang tua. Adakah engkau nampak Hassan AlBasri"

Kebetulan Habib sedang berdiri di muka pintu menjawab:

"Ya.......ada" katanya singkat.

Hassan Basri yang terdengar jawapan sahabatnya itu berasa takut dan berdebar-debar memikirkan kenapa Habib berterus terang mengatakan dia berada di situ. Hassan Basri menggigil ketakutan jika dia di tangkap oleh tentera Hajjaj itu. Dia dapat membayangkan bagaimana dia akan disiksa jika dia ditangkap. Kemudian dia terdengar tentera Hajjaj menaiki rumah itu untuk mencari dia. Sebaik sahaja mereka masuk ke dalam rumah itu mereka tidak menjumpai sesiapa. Lantas mereka menuduh Habib mempermainkan mereka.

Oleh kerana mereka tidak menjumpai sesiapa maka mereka mencaci Habib sebagai pembohong besar. Tetapi Habib bersumpah bahawa orang yang mereka cari itu ada di dalam rumahnya. Kemudian mereka masuk sekali lagi ke dalam rumah itu namun mereka tetap tidak berjumpa dengan sesiapapun. Akhirnya mereka pun pergi dari rumah itu.

Kemudian ulamak Hassan Basri pun keluar dari sebalik pintu dirumah sahabatnya itu maka dia pun berkata kepada Habib bahawa dia terselamat dari dijumpai oleh tentera Hajjaj itu adalah kerana berkat doa sahabatnya. Kemudian dia pun bertanya kepada sahabatnya kenapa dia memberitahu yang dia ada di dalam rumah itu. Maka Habib pun menjawab:

" Wahai Sahabatku Hassan Basri . Sebenarnya bukanlah kerana berkat doaku maka engkau terselamat sebaliknya ia adalah kerana berkat kejujuranku berkata benar. Sekiranya aku berbohong kepada meereka sudah pasti engkau dan aku akan ditangkap dan kita berdua akan mendapat malu yang sangat besar."

Begitulah contoh tauladan keberanian orang yang beriman. Kerana kuat iman dan ketaqwaannya kepada Allah itulah maka Allah telah menyelamatkan sahabatnya itu dari ditangkap oleh pemerintah yang zalim.


SK. Seri Chempaka: KEBAIKAN BUAH KURMA

SK. Seri Chempaka: KEBAIKAN BUAH KURMA

SK. Seri Chempaka: DOA YANG MENYESATKAN

SK. Seri Chempaka: DOA YANG MENYESATKAN

Cintanya Dianggap Gila



Muhammad bin Al-Fadhal bercerita
katanya:

Suatu peristiwa , ketika berjalan bersama teman-teman, aku terlihat seorang pemuda terlentang di atas tanah, sementara debu-debu jalan mengotori seluruh pakaiannya. Pemuda itu merintih sedih, hiba seperti menangis dalam dirinya. Kelihatan ada sesuatu yang berat sedang ditanggungnya.

Aku datang kepadanya hendak mengambil tahu, sambil berkata kepada teman-temanku, "Wahai kawan!" Pintaku kepada teman-teman yang berjalan bersama-samaku tadi. "Mari kita dekati pemuda itu, barangkali dia sedang sakit dan memerlukan bantuan kita !"

Salah seorang temanku berkata, "Mendengar daripada rintihannya, dia tidak menghidap sakit yang biasa, tetapi dia seperti orang yang dilanda sakit asmara sahaja......"

"Benar katamu itu," sokong teman yang lain. "Tengok dia menyebut hal-hal yang sedang dicintainya, kalau orang tidak tahu, mungkin dia dianggap gila."

Kami mendekati pemuda itu, dan ternyata dia seorang pemuda yang kurus kering, berbaju kasar yang banyak tampal-tampalannya. Dia melihat kami datang dan berkata "Oh, alangkah celakanya siapa yang telah merasakan kasih sayang Tuhan, namun tidak suka berbakti kepada-Nya!" Pemuda itu mengulang-ulang kalimah itu terus- menerus hingga pengsan.

Aku mencubit teman-teman yang memandang pemuda itu seraya berbisik," Orang ini tidak gila, kerana orang gila tidak akan dapat mencapai darjat seperti ini."

Apabila pemuda itu sedar semula, dia terus memerhatikan kami dan bertanya, "Siapakah tuan-tuan ini? Mengapa tuan-tuan ada di sini?"

"Kami melintasi di jalan itu, dan kami lihat saudara sedang terbaring kesakitan, lalu pengsan. Jadi kami datang untuk bertanya sama ada saudara memerlukan bantuan daripada kami," aku menjawab pertanyaannya.

"Oh begitu," katanya kepadaku.

"Penyakit apakah yang sedang saudara rasakan, adakah saudara perlukan ubat?" aku bertanya lagi kepadanya, dengan harapan aku mendapat sesuatu daripadanya.

"Tuhan yang memberi penyakit ini kepadaku. Dialah yang memiliki ubatnya, namun Dia menganjurkan aku supaya menuruti nasihat-Nya " pemuda itu menerangkan.

"Dia memerintahkan supaya aku menuruti segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya, selalu mendekatkan diri kepada-Nya, bertahajjud di malam hari, sementara manusia lain berada dalam kegelapan." Pemuda itu menjelaskan kepada aku dengan panjang lebar.

Kemudian pemuda itu menangis , dan kami pun turut bersedih dan menangis bersama-samanya.

"Anakku!" aku berkata. "Saat ini kami adalah tamumu, oleh itu kami memohon doa daripadamu."

"Tidak , aku tidak tergolong dalam kumpulan orang-orang yang patut diminta doa daripadanya. Aku tidak punya apa-apa kelebihan," jawabnya.

Aku terus memaksa dan bersumpah tidak mahu bergerak dari tempat itu melainkan selepas mendapat doa daripadanya. akhirnya dia bersetuju.

"Baiklah," katanya. "Semoga Allah SWT melimpahkan kemaafan-Nya kepada kamu sekalian, memberi syurga sebagai tempat tinggal yang abadi, dan selalulah mengingati maut setiap saat walau dalam hati."

Kami pun berpisah dengannya. Kami benar-benar takjub kepadanya, juga atas segala nasihatnya. Semua nasihat itu tersemat kukuh dalam hati kami.

Inilah keadaan seseorang yang benar-benar cinta kepada Allah SWT. Tetapi bagaimana pula kita ini, yang sihat-sihat, segar-bugar dan tidak menghidap sebarang penyakit? Bukankah Tuhan selalu menyeru supaya kita mendekati-Nya, padahal kita selalu menjauhi-Nya? Mengapa kita tegar berbuat begitu? Sampai bilakah kita harus mensia-siakan umur kita, yang semakin hari semakin berkurangan itu ?

"YA ALLAH ! Ampunilah dosa-dosa kami, ampunkanlah segala kesalahan dan kesilapan kami, dan berilah kami pertolongan untuk sentiasa berbakti ke hadrat Mu ! Amin !"

Khamis, 13 Ogos 2009

Turun Semula Ke Dunia

PESAN MALAIKAT SUPAYA BERBEKAM

Dalam perjalanan turun itu, setiap kali bertemu dengan sekumpulan malaikat , Nabi s.a.w. disambut dengan hormat dan mereka berpesan kepada Nabi supaya suka berbekam (mengeluarkan darah daripada kepala).

Mengenai berbekam ini , dalam hadis riwayat yang lain menyatakan: " Perintahkanlah umatmu supaya berbekam,"

Tidak ada keterangan lanjut mengenai khasiat berbekam ini. Bagaimanapun apa yang pasti bahawa ia adalah untuk tujuan kesihatan, terutama untuk bahagian kepala.

Allah kurangkan hingga tinggal Lima Waktu sahaja

Nabi Muhammad s.a.w. naik lagi menghadap Allah s.w.t untuk minta dikurangkan lagi jumlah waktu sembahyang itu. Sembilan kali Nabi s.a.w. naik menghadap Tuhan mohon pengurangan itu. Setiap kali menghadap , Allah kurangkan lima waktu. Akhirnya tinggal lima waktu sahaja. Sampai sehad ini, Allah s.w.t. pun berfirman:

"Ya Muhammad !"

"Ya Tuhanku," jawab Nabi Muhammad s.a.w.

"Ini lima waktu sembahyang dalam sehari semalam, setiap waktu sembahyang sama dengan sepuluh waktu waktu sembahyang, bererti semuanya 50 sembahyang.
Apa yang telah Kukatakan tadi tidak dapat diubah lagi," firman Allah s.w.t. dan menambah:

" Dan barangsiapa ada niat untuk berbuat kebaikan, lalu tidak dapat dikerjakan, akan ditulis satu kebaikan, tetapi apabila dikerjakan, maka ditulis sepuluh kebaikan sebagai ganjarannya.

" Sebaliknya barangsiapa hendak berbuat jahat, tetapi tidak dilakukan, tidak akan ditulis apa-apa, dan jika dikerjakan juga hanya akan ditulis satu kejahatan sahaja."

Sehabis Allah berfirman menjelma awan putih menyaluti Nabi s.a.w. dan baginda pun turun .


Sampai kepada Musa, Nabi pun menceritakan hasil usahanya itu. Bagaimanapun Nabi Musa masih menyuruh Nabi s.a.w. menghadap Allah s.w.t. supaya meminta dikurangkan lagi jumlah waktu sembahyang itu.

"Pergilah lagi menghadap Allah, pohon supaya dikurangkan lagi. Umatmu masih tidak mampu melaksanakannya," kata Musa a.s.

" Aku malu sudah. Cukuplah aku berulang-alik kepada Tuhanku. Kini aku menerimanya dan reda," jawab Nabi Muhammad s.a.w.

Dalam keadaan demikian, terdengarlah satu suara "Aku telah tugaskan satu kewajiban dan cukup sudah Aku ringankan tugas itu kepada hamba-hambaKu."

Mendengar suara itu, Nabi Musa pun mempersilakan Nabi Muhammad s.a.w. turun. Katanya: "Kini silakanlah Muhammad, turunlah, Bismillah (dengan nama Allah)."

Rasulullah s.a.w. pun turunlah diiringi Jibril a.s.