Sebahagian  sahabat ada yang mencandai Nabi SAW kerana kelalaian beliau,  dengan mengatakan sesuatu pada ketika beliau tidak .apa yang    terjadi.   Inilah sebahagian di antara kisahnya.
        Daripada Auf bin Malik Al-Asyja'y , dia berkata  :   "Aku  menemui Nabi SAW pada waktu perang Tabuk , yang ketika itu beliau berada di sebuah khemah kecil yang diperbuat daripada kulit.  Aku mengucapkan salam dan beliau menjawab salamku.   Lalu beliau bersabda  :  " Masuklah  ! "
        Aku pula bertanya :  "apakah aku harus masuk dengan seluruh badanku wahai Rasulullah ?"
        "Ya,"  jawab beliau.   Maka aku pun masuk ke dalam.
        Menurut Uthman bin Abul-Atikah, Auf perlu bertanya seperti itu kerana khemah beliau yang sangat kecil.   (Diriwayatkan Al-Bukhary, Abu Daud dan Ibnu Majah).
        Ini merupakan gurau senda antara sahabat dan Rasulullah SAW.   Sebab tidak mungkin seseorang hanya meminta izin untuk sebahagian anggota badannya sahaja ?   Andaikan dia meminta izin untuk kepalanya sahaja, tentua juga berlaku bagi   anggota badannya yang lain.
Resep Roti
5 tahun yang lalu
.jpg)
 

 
0 ulasan:
Catat Ulasan