BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Ahad, 19 Julai 2009

Petua Untuk Menjadi Model yang Cemerlang

Gunakan ' masa jitu ' untuk mengajar anak.

Ibu bapa harus memahami masa jitu atau masa yang paling baik untuk mendidik anak. Mengetahui masa yang sesuai untuk mengajar anak sangat penting kerana masa inilah ketikanya otak anak-anak mudah untuk dibentuk dan dapat membantu anak-anak memahami setiap apa yang diajarkan.

Masa-masa tersebut adalah:

a. Sebelum tidur

b. Semasa tidur

c. Bangun dari tidur

d. Selepas Solat

e. Selepas baca Al-Quran / Zikir / Doa

f. Selepas mandi air suam

g. Selepas riadah

h. Selepas rehat.


Semoga kita dapat berkongsi ilmu ini yang dipetik dari tulisan oleh : Datuk Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah dan En. Rahmat Ismail.



Sabtu, 11 Julai 2009

RAHSIA DI SEBALIK HARI YANG TUJUH



Telah berkata Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib r.a dalam sebuah syair:

" Senikmat-nikmat hari adalah hari sabtu, baik berburu jika engkau kehendaki.

Pada hari Ahad untuk mendirikan binaan kerana pada hari itu Allah memulakan menciptakan langit.

Jika engkau hendak musafir, maka musafirlah pada hari Isnin, engkau akan terselamat daripada musibah dan bala.

Jika
engkau hendak membuang darah , buanglah pada hari Selasa, ketika itu akan bersihlah darahmu,

Jika salah seorang daripada kamu berhajat untuk memberi minum, maka hendaklah memberi minum pada hari Rabu, kerana sebaik-baik nikmat adalah pada hari Rabu.

Hari Khamis
adalah hari untuk menunaikan hajat, kerana bahawasanya Allah memerintahkan untuk menunaikan hajat.

Hari Jumaat
adalah hari yang baik untuk melangsungkan perkahwinan, maka akan teranglah perkara-perkara yang berkaitan dengan perempuan."


Ilmu Pengetahuan yang seperti demikian itu adalah ilmu para Nabi dan wasiat-wasiatnya.

Rabu, 8 Julai 2009

SECAWAN SUSU SEORANG AHLI ZUHUD



Imam Ali bin Abi Thalib r.a. dikenal sebagai orang yang sangat sederhana. Ia hidup penuh kesederhanaan, sedemikian rupa sehingga ia benar-benar tidak terpedaya oleh gemerlapnya kehidupan dunia. Memang peri kehidupannya dikenal sangat jauh dari kemewahan, atau dengan kata lain ia dikenal menekuni hidup zuhud, iaitu menjauhi yang serba keduniaan selain dari yang diperlukannya.

Pernah suatu ketika, orang melihatnya sedang duduk di depan pintu rumahnya sambil memegang sesuatu. Seorang sahabatnya mendekat. Nampak oleh sahabatnya ini,bahawa Imam Ali sedang memegang cawan berisi susu yang memang agak berbau. Agaknya susu itu telah disimpan sedemiian lama.

"Apakah yang engkau pegang erat-erat itu, wahai Ali ?" Tanya sahabatnya.

" Susu," jawab Imam Ali singkat.

" Engkau akan meminumnya ? Bukankah nampaknya susu itu talah terlalu lama ?"

" Ssst... aku pernah melihat Rasulullah s.a.w. meminum susu yang lebih lama dari susu yang aku pegang ini," jawab Imam Ali serius.



Kita tanya pd diri kita sendiri apakah kita mampu mencontohi sikap dan sifat Saidina Ali r.a.?



Ahad, 5 Julai 2009

RAHSIA " A-B-C " DALAM KERJA



1. ADAB

Adab kesopanan penting sebagai langkah mewujudkan suasana yang harmoni. Sama ada anda pengurus, pentadbir mahupun pekerja sokongan, anda perlu "beradab" sesama sendiri. Kadangkala anda tidak perlu terlalu berhati-hati dalam mempamerkan sikap sopan santun mahupun hormat-menghormati kerana ia lebih berkesan apabila dilaksanakan secara spontan. Anda boleh praktikkan cara seperti berikut :

a. Nyatakan hasrat dan permintaan dengan memulakan ungkapan ,
" Tolong."

b. Maklum balaskan setiap jawapan walaupun berbentuk negatif dengan ucapan,
"Terima kasih."

c. Terima sebarang kegagalan atau kecuaian secara ikhlas dengan menyatakan,
"Saya minta maaf."

Ketiga-tiga langkah ini dapat dilaksanakan dengan spontan dan lebih berkesan apabila anda meletakkan diri dalam suasana di mana anda sedang menghadapi sesuatu masalah. Ketika itu anda mahu orang memahami perasaan anda.

2. BANTU

Dalam pengurusan, setiap pekerja perlu bantu-membantu, antara satu sama lain dan bekerja dalam satu kumpulan.

Proses komunikasi dan interaksi akan sering kali berlaku dan anda juga sentiasa diberi sokongan oleh rakan sekerja dengan terlebih dahulu mempamerkan sikap "ringan tulang". Sekiranya anda ikhlas membantu orang lain , sudah pasti mereka juga tidak ragu-ragu untuk memberi bantuan kepada anda.

3. CERIA

Setiap pekerja tidak mungkin bersemangat untuk melaksanakan tugasan sekiranya tiada suasana yang ceria. Gangguan emosi yang dilepaskan melalui tingkah laku negatif seperti membantah, menengking, bermasam muka dan memaki hamun sudah pasti menyentuh perasaan orang lain. Hal ini menjejaskan hubungan sesama pekerja.

Justeru , anda perlu belajar untuk memberi senyuman dan apresiasi kepada orang lain atas apa yang telah mereka lakukan.


Petikan dari buku: Budaya Kerja Cemerlang oleh Noraini Ahmad


Jumaat, 3 Julai 2009

Kisah si kucing dengan anak tupai

Malam Khamis lalu 'Meme' kucing anakku - yang dikutip oleh M.Zuhair ( no.7 ) di pasar Slim 3 bulan yang lalu-masa tu kecil lagi, telah menangkap seekor anak tupai dihalaman rumah. Ketika dijumpai anak tupai itu sedang "ditimang sayang" oleh 'Meme'. 'Sibaby' itu ditangkap dan diselamatkan oleh kak Ngah ( anak no. 2 - UM) . Dibawa masuk ke dalam rumah. Tengah malam ku dengar kak Su (Tingkatan 1) bercerita pada bang De (tingkatan 6) anak tupai yang ditangkap oleh kucing mereka. Sibuk si abang dan adik mencari kotak kasut untuk 'sibaby' tu ditempatkan. Sebelum tu anak tupai diletak dalam tapis bekas mainan adik Afiqah (pra sekolah).

Pulang dari sekolah Bang De (ting. 6 ) cuba memberi makan 'anak tupai' dengan pisang. Dalam hatiku berkata: " mauke anak tupai tu makan? Matanya pun belum terbuka/celik lagi. Perihatin juga budak ni ."

Pada sebelah petang sedang kami berehat, sekali peristiwa ini berlaku. Si kucing comel ini buat hal lagi. Kali ini bukan seekor tapi dua ekor anak tupai jadi ' mainannya '. Agaknya anak tupai tu terjatuh dari sarangnya di atas pokok rambutan. Seekor anak tupai tu dah basah kuyup kena air hujan. Ingatkan dah 'nazak' anak tupai tu dibuatnya. Anak-anakku jadi 'jururawat' anak tupai pulak petang tadi....." Kesian "..... kata mereka nanti mati pulak anak tupai ni ! Dilap dan diselimutnya anak tupai tu dengan kain. Kak Teh (no.5) juga sibuk main dengan sibaby tupai.

Lekalah anak-anakku dari yang besar ( tengah cuti sem universiti hingga si adik pra sekolah ) melayani ' keluarga angkat' baru mereka...

Sebelah malamnya lepas solat , mereka leka lagi 'merawat' anak tupai 3 ekor tu. Kali ini mereka bertanya kepada ayah mereka apa nak dibagi minum anak tupai mereka ni. Ayahnya menjawab: " bagi lah susu tepung." Berpakatlah si kak Cik ( no. 3 - UNIMAP ) dengan si kak Su membancuh susu. Anak tupai disusukan menguna picagari. Sebelum tu si kak Cik dah buat ' percubaan' diberinya anak tupai tu minum air sejuk .....aku tersenyum sendirian melihat telatah mereka.

Waktu ini ku lihat 'katil anak tupai' berada disisi kak Su yang telah lena tidur........Anak tupainya berselimutkan napkin. Kata mereka padaku ......'Meme' (nama kucing mereka) ingat nak buat 'mini zoo' kat rumah ni. Kita ada ayam, ada kucing, ada...... buat kawan dia.....

Mungkin si meme tak berniat nak ' memakan' anak tupai tu, tetapi dengan cara dia 'melambung' anak tupai itulah dia dapat menolong memberitahu kami untuk menyelamatkan anak tupai itu dari dipatuk oleh ayam atau mati kesejukan.

Terfikir juga tentu ibu tupai tu tercari-cari anaknya....kesian dia, tapi nak letak anak tupai tu kat mana pulak , kita bukan 'kenal' yang mana satu ibunya. Belum belajar ilmu binatang....tak tau kat mana nak ' kursus' pun. Lupa nak tuntut pada seniwati Saadiah ilmu 'Musang Berjanggut!' . Harapan agar '3 ekor baby tupai' dapat diselamatkan.

Bila kita fikirkan macam-macam isu berlaku dalam seminggu dua ini . Selain H1N1 kes pembuangan anak sewenang-wenangnya dilakukan. Apakah mereka ni tidak waras atau hilang akal sebagai manusia yang bertamadun. Yang tak ada anak nak anak, yang ada buang pulak ! Entahlah ! Dah hilang akal agaknya. Doa kita kehadrat Allah semoga kehidupan kita diberkati dan dirahmatiNya selalu. Dikurniakan anak-anak yang soleh didunia hingga akhirat. Sayang menyayangi dan dan mendapat petunjuk dijalan yang lurus. Amin






Rabu, 1 Julai 2009

MENYOAL PENGHUNI KUBUR



Dua orang sahabat Nabi sedang berjalan sambil bercakap-cakap. Kedua orang yang berjalan itu adalah Imam Ali r.a. dan sahabat setianya yang bernama Abul Aswad Ad-Dualy. Dalam perjalanannya, mereka melewati perkuburan. Imam Ali berhenti, diikuti oleh Abul Aswad.

Sesungguhnya putera-puteri kalian sudah bertambah besar, dan isteri-isteri kalian sebahagiannya telahpun menikah. Inilah khabar kami (di dunia), maka bagaimanakah khabar kalian, Imam Ali berkata, ditujukan kepada para penghuni kubur, seakan berdailog.

Tentu sahaja tidak ada tidak ada jawapan atas pertanyaan Imam Ali tersebut. Abul Aswad memandang Imam Ali penuh kehairanan. Ia tidak habis fikir, bagaimana Imam Ali berdailog dengan para penghuni kubur.

Belum hilang kehairanannya, Abul aswad dikejutkan oleh suara Imam Ali, kali ini ditujukan kepadanya:

"Tahukah engkau, wahai Abul Aswad , apa akan dikatakan para penghuni kubur ini seandainya mereka dapat berkata-kata untuk menjawab pertanyaanku?"

"Tidak, jawab Abul Aswad singkat."

"Mereka akan berkata: " Sesungguhnya, sebaik-baik bekal adalah takwa."

Seketika itu mengertilah Adul Aswad , betapa benarnya ucapan Imam Ali tersebut, sebab di hadapan Allah, tidak ada satu perkara pun yang dapat membela seseorang selain dari amal sebagai buah dari ketakwaannya. Betapa tidak benar, sebab ucapan Imam Ali di atas, dipetik dari firman Allah SWT di dalam al-Quran.