BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Ahad, 24 Januari 2010

Pendidikan Awal Kanak-Kanak


young muslimah



Mengenal Allah

Kanak-kanak mestilah dididik supaya mengenal pencipta dan pentadbir alam iaitu Allah SWT. Asas yang dipancang dengan padu dalam jiwa anak-anak ini akan dapat melahirkan insan yang dapat memperhambakan dan menghampirkan diri kepada-Nya dalam erti kata yang sebenar-benarnya.

Cara mengenal Allah
  • Melalui akal dan merenung ciptaan Allah SWT.
  • Melalui penghayatan Asma’ul Husna (sifat-sifat Allah).


##########################################################
REHAT MINDA

Pelajar : Ustaz, macam mana kita nak kenal Allah?
Ustaz : Terdapat banyak cara kita nak kenal Allah.
Pelajar : Apakah caranya ustaz?
Ustaz : Antaranya kita kenal Allah dengan melihat dan menghayati kejadian-kejadian ciptaan-Nya.
Pelajar : Macam mana tu?
Ustaz : Cuba kamu lihat langit, bagaimanakah ia dicipta dan diangkat ke atas?
Pelajar : Yelah ustaz, langit berada di atas tanpa ditongkat. Betapa agungnya Allah SWT.

##########################################################



Mengenal Rasul

Tanpa mengenal Rasulullah SAW yang diutuskan sebagai rahmat untuk seluruh umat, kita tidak akan mendapat hidayah daripada Allah SWT. Kita juga tidak akan mendapat nikmat syurga yang kekal pada hari kiamat.

Rasul juga mempunyai sifat-sifat wajib, sifat-sifat mustahil dan sifat-sifat jaiz(harus).

Sifat-sifat wajib bagi Rasul:

  • Sidq (benar/jujur)
  • Amanah (dipercayai)
  • Tabligh (menyampaikan dan menerangkan perintah dan larangan Allah terhadap insan)
  • Fathonah (cerdik dan cerdas)


Sifat-sifat mustahil bagi Rasul:

  • Kizbun (pendusta)
  • Khianah (curang/khianat)
  • Kitman (tidak menyampaikan perintah)
  • Baladah (bodoh)



Pendidikan solat

Agama kita menganjurkan supaya anak-anak dididik mengerjakan solat atau sembahyang sejak berusia tujuh tahun lagi. Anjuran ini terkandung dalam sepotong hadis Nabi SAW:

"Maksudnya: Suruhlah kanak-kanak mengerjakan solat apabila berumur tujuh tahun dan apabila sudah sampai 10 tahun maka pukullah (sekiranya tidak solat)."

Suruhan dan latihan melaksanakan solat serta ibadat-ibadat lain akan membiasakan anak-anak mudah mentaati titah perintah Allah SWT.

Kebiasaan mereka mematuhi suruhan Allah SWT dan Rasulullah SAW akan dapat mempersiapkan individu kanak-kanak tersebut menghadapi alam kedewasaan dengan penuh yakin dan bersemangat.


bersambung....


"Bahan rujukan : buku Indahnya Hidup Bersyariat terbitan TELAGA BIRU SDN BHD yang ditulis oleh Dato’ Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Abd Hamid.

0 ulasan: